Saturday, 29 April 2017

Taman Negara Johor Pulau Kukup

Masa kat kampung untuk cuti raya haritu, saya bersama ahli keluarga lain sempat berkunjung ke PULAU KUKUP, Pontian, Johor. Ini kunjungan pertama saya, walaupun lokasinya tidaklah jauh dari rumah mak saya.
Info asas : Pulau Kukup merupakan pulau paya bakau yang telah diwartakan sebagai Taman Negara Johor pada Mac 1997, dan pada Januari 2003 telah disenaraikan sebagai tapak Ramsar (Tanah Lembab Berkepentingan Antarabangsa). Pulau ini seluas kira-kira 647 hektar kawasan hutan bakau dan 800 hektar kawasan dataran lumpur.  (sumber info : sini)

Cara ke sana? Dari bandar Pontian, korang ikut Jalan Kukup. Terus je kira-kira 20km, sampai korang tiba di penghujung jalan. Kat situlah pekan Kukup. Ada deretan kedai jual barang pelancongan dan kedai makan yang majoritinya dimiliki kaum Cina. Bangunan besar kat penghujung daratan itulah Terminal Feri Antarabangsa Kukup. Korang boleh drive sendiri atau naik pengangkutan awam (bas / teksi) dari bandar Pontian.


Sampai depan ni, tak payah masuk tau. Sebab untuk ke Pulau Kukup takde kaunter tiket pun. Kaunter tiket ke Indonesia je yang ada. Nanti ada orang dok laung "pulau kukup...kelong.." kat depan ni. Korang ikut orang ni.


Inilah bot penumpang yang bakal kami naik. Tunggu di jeti yang kedudukannya agak tersorok. Jeti yang besar adalah untuk penumpang feri ke Indonesia. Harga tiket RM5/seorang. Anak sedara saya yang darjah dua tapi bertubuh kecil, orang tu kata tak payah bayar.



Kejap je atas bot, dah sampai ke Pulau Kukup. Kena bayar RM5/dewasa & RM3/pelajar (harga untuk orang Malaysia). Perasan tak? Ada kesalahan ejaan & penggunaan bahasa pada jadual tiket ni. Kalau perasan haritu, mau saya tegur sebab memalukan.


Bermulalah aktiviti memerhati alam. Ada banyak signboard info untuk kita belajar tentang habitat paya bakau ni. 
Akar pokok bakau....saya suka tengok. Bagi orang lain mungkin tak menarik

No comments:

Post a Comment