Hutan Hujan Endau merupakan Taman Negara ke-2
terbesar di Semenanjung Malaysia dengan keluasan hampir 50,000 hektar.Ia
terletak di antara sempadan negeri Johor dan Pahang. Hutan simpanan ini
mengambil sempena nama Sungai Rompin dan Endau yang mengalir dari taman
ini.Dipercayai kawasan ini mengandungi tanah batu batan yang tertua iaitu 248
juta tahun. Dari kawasan Taman ini terbentuklah tiga buah sungai utama iaitu
Sg.Endau , Sg.Selai dan Sg. Jasin yang mengalir ke tiga buah negari iaitu
Pahang,Johor dan N.Sembilan.
Untuk ke Taman Negara Endau Rompin perlu lah
mendapat kebenaran permit dari Jabatan Hutan dan biasanya tiada kemudahan
pengangkutan awam. Namun pihak Jabatan ada menyediakan pengangkutan 4WD yang
direka khas melalui kawasan jalan tanah merah yang berkeadaan licin ,
lecak dan kadang kala ada jambatan kayu runtuh akibat hujan lebat . Dari Kluang
menuju ke Kahang dengan pengangkutan awam dan dari sini, kita akan
melalui beberapa buah estet kelapa sawit dan akhirnya akan menempuh hutan
hingga ke Kg.Peta. Keadaan sangat memenatkan kerana keadaan jalan yang
membuatkan badan jadi lemah dan lenguh tetapi kita akan dapat terhibur akhirnya
apabila dapat menikmati pandangan hutan hijau yang menakjubkan dan
kadang-kadang jika bernasib baik akan terserempak binatang liar seperti gajah
atau harimau.
Di Taman ini ada juga disediakan kemudahan
penginapan seperti beberapa buah chalet , domitri dan tapak perkemahan di
sekitar markas jabatan hutan di Kg.Peta dan juga di Kuala Jasin.
Dari taman ini,biasanya kita menuju ke Kuala Jasin
, di mana di sini lah bermulanya dua batang sungai yang arusnya agak deras dan
banyak jeram batu. Di sekeliling taman ini ada disediakan laluan jalan
kaki(denai) yang merentasi beberapa anak jeram ,bukit-bukit curam dan jambatan
gantung .Biasanya pihak berkuasa menyediakan pemandu trek di kalangan orang
asli yang merupakan penduduk tetap di kawasan ini.
No comments:
Post a Comment