by daniel shah
Salam 1 Malaysia, ini adalah sambungan
entry pengembaraan kita seterusnya meneroka destinasi perlancongan yang ada di
sekitar pulau pinang sebelum ini saya ada berkongsi kawasan-kawasan
yang menarik di sekitar Pulau Pinang, seperti di Empangan Dam Teluk Bahang,
Pantai Miami, Batu Feringgi, Jeti Teluk Bahang dan banyak lagi.
sekiranya anda terlepas untuk membaca entry-entry berikut bolehlah klik ke (part 1) dan (part 2)
Entry saya untuk kali ini akan
memfokuskan ke destinasi perlancongan yang paling popular bagi pencinta alam,
iaitu Taman Negara, Teluk Bahang Pulau Pinang. Bagi anda
yang sukakan aktiviti luar seperti berkhemah, jungle tracking dan pelbagai
aktiviti luar lain, Taman negara teluk bahang merupakan pilihan destinasi yang
tepat dan pasti memberikan kepuasan yang maksimum kepada anda!.
Ini Antara Sedikit
Sebanyak Info Mengenai Taman Negara Pulau Pinang
·
Taman Negara Pulau Pinang terletak
dipinggir Timur Laut Pulau Pinang dengan berdepankan Selat Melaka. Sekiranya
dari Kuala Lumpur ianya sejauh lebihkurang 400km dan hanya 30km (45 minit) dari
Bandar Goergetown. Pulau Pinang.
·
Taman Negara ini bersempadankan dengan
kawasan metropolitan dengan keluasan 1,213 hektar meliputi hutan pantai dan
bukit malahan kaya dengan flora dan fauna. Hutan ini dahulunya diperlindungi
dengan nama Hutan Simpan Pantai Acheh dan dibezakan dengan 5 habitat yang
berlainan berbanding dengan kawasan perlindungan di tempat lain seperti tasik
meromiktik, tanah lembap, pelantar lumpur, batu karang dan pantai penyu
bertelur.
·
Terletak di sebelah pesisiran pantai
Pulau Pinang. Taman ini mempunyai keluasan sebanyak 1, 266 hektar meliputi
dipterokarpa, tanah tinggi, paya bakau, pantai dan juga pesisiran pantai berbatu.
Keluasannya adalah yang kedua terbesar selepas Taman Negara.
·
Banyak spesies flora dan fauna termasuk
yang jarang ditemui dan juga yang hampir pupus terdapat di sini. Untuk sampai
ke sini hanya mengambil masa 45 minit dari pusat bandar.
·
Terdapat banyak tempat bagi memerhati
dan mengambil gambar burung, penyu dan hidupan liar lain di dalam habitat
semulajadi. Taman ini sesuai untuk merentas hutan. Pengunjung berpeluang untuk
mengalami pelbagai habitat yang meliputi pantai berpasir dan berbatu sehingga
kepada dataran lumpur, paya bakau, kolam meromiktik dan hutan
INi adalah pintu masuk ke Taman Negara,
Teluk Bahang, dari sini ada pejabat jabatan perlihitan, di mana sekiranya
pengungjung ingin ke ke Hutan Taman Negara, anda haruslah mendaftarkan diri
dahulu. Terdapat dua cara untuk menerokai hutan di sini, pertama
melalui jalan darat dan air.
Pintu masuk ke Taman Negara adalah
melalui Telok Bahang, iaitu di penghujung jalan Batu Feringgi. Tibanya di pintu
masuk, pelawat boleh berjalan di rentis atau menaiki bot di jeti kampung
nelayan Telok Bahang untuk sampai di kawasan kemudahan taman negara.
No comments:
Post a Comment