by daniel shah
Assalamualaikum dan salam Sejahtera,
Dikelilingi oleh kehijauan alam semula
jadi sentiasa menjadi destinasi pilihan utama Sob untuk bercuti dan berehat,
bayangkan dikelilingi oleh hutan yang berusia lebih 130 tahun dan merupakan
hutan tertua di dunia malah lebih tua daripada usia hutan Amazon pastinya
kunjungan korang ke Royal Belum Rainforest pastinya tidak akan
menyesal. Hutan yang cukup terkenal kerana memiliki pemandangan tasik dan hutan
yang cukup indah dan ini antara satu destinasi pelancongan yang cukup menarik
untuk dikunjungi di Negeri Perak
Sob tahu sebenarnya tersangat lah
banyak tempat untuk bercuti yang sangat menarik untuk diterokai di sekitar
Negeri Perak tapi untuk entry kali ini sob ingin lebih focus mengenai
destinasi percutian yang kian menjadi bualan buat para pelancong iaitu di Hutan
Simpan Belum yang terletak di daerah Gerik Perak.
Tahun
Melawat Perak 2017 / Visit Perak 2017
Tahukan
korang bahawa usia Hutan Royal Belum adalah lebih tua daripada Hutan
Amazon di Brazil, bukti saintifik dan sejarah sukar untuk ditidakkan. Usia
Hutan Belum lebih tua dari Hutan Amazon iaitu 130 juta tahun, malah kebanyakkan
hutan hujan di negara kita mempunyai usia yang lebih lama dari usia Hutan
Amazon. Negara kita sebenarnya menyimpan khazanah yang lebih berusia
dan lebih bernilai. Memandangkan saiz hutan amazon lagi berganda-ganda luasnya
daripada hutan royal belum maka sebab itulah selalu media luar menggambarkan
bahawa hutan amazon adalah hutan tertua di Dunia tetapi fakta itu adalah
salah.
·
Kompleks Hutan Belum-Temengor berusia
130 juta tahun merupakan hutan tertua di dunia.
·
Menjadi kawasan tadahan hujan utama
bagi Semenanjung Malaysia.
·
Kompleks Hutan Belum-Temengor
merangkumi Taman Negeri Royal Belum (117,500 hektar), Hutan Simpan Grik (34,995
hektar) dan Hutan Temengor (147,505) hektar).
·
Keluasan Kompleks Hutan Belum-Temengor
hampir empat kali ganda saiz Singapura, kaya dengan kepelbagaian flora dan
fauna.
Bagi yang tertanya-tanya apa aktiviti yang korang boleh lakukan sekiranya berkunjung ke Royal Belum Forest antara aktiviti menarik yang korang boleh lakukan antaranya Tour Island, melawat kampung orang asli, mencari bunga rafflesia, Salt licks ( Sira Gajah ), tracking di hutan,menjejaki air terjun dan pelbagai lagi. Di bawah sob kongsikan gambar-gambar percutian dan aktiviti yang sob lakukan semasa berkunjung ke Royal Belum Forest
Mencuba aktiviti
lasak dan advanture di Belum Advanture Camp
Bagaimana cara hendak sampai ke Royal
Belum Forest
1- Memandu sendiri
menggunakan kereta:
Melalui Lebuhraya Utara Selatan Plus
melalui exit 143 kuala kangsar terus memandu sehingga ke Gerik lebih kurang 1
jam sehingga jumpa roundabout bulat jalan terus ke pengkalan hulu, sekiranya
hendak ke jeti awam tasik banding sila ambil laluan kanan jalan untuk ke
kelantan sehingga sampai ke pulau banding perjalanan dianggarkan dalam 1 jam,
banyak signboard disediakan sepanjang jalan boleh dijadikan jalan petunjuk
arah. Sekiranya ingin membeli sebarang barang keperluan seperti makanan dan
barang keperluan dicadangkan beli d Gerik dan pastikan isi minyak penuh di
stesen minyak di situ kerana perjalanan seterusnya ke Royal Belum tidak akan
jumpa mana-mana lagi pekan atau perhentian.
Menaiki bas akan turun di stesen bas
gerik, boleh ambil teksi di belakang stesen bas gerik (hubungi 05-7911263)
dikenakan tambang sebanyak RM60.00 sebiji kereta digalakkan anda berkongsi
tambang.
Cara-cara untuk masuk ke Hutan Royal
Belum boleh didapati daripada Perbadanan Taman Negeri Perak untuk mendapatkan
maklumat yang selanjutnya:
-Chalet Mat Shah
Royal Belum
Rainforest Resort
Jangan ingat di tengah-tengah kawasan
hutan ini tidak ada kemudahan hotel, chalet atau resort di sini banyak
ditawarkan pelbagai pilihan tempat penginapan untuk menginap semuanya
bergantung kepada kemampuan korang, pakej dan suasana percutian yang korang
inginkan. Bagaimana cukup menarik bukan apa lagi moh le datang ke Royal Belum !
No comments:
Post a Comment