Wednesday 1 March 2017

Pilihan Raya MPP 2017

Aisha ketika ditemuramah setelah keputusan pilihanraya diumumkan.

Oleh: Samsuri Kamal, Daniel syah, Ezzat Amier

Shah Alam – Universiti Selangor (UNISEL) sekali telah mengadakan pilihan raya kampus Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2017/2018. Proses pilihanraya ini telah diadakan di Dewan Pro Canselor Unisel. Kaunter pengundian mula dibuka dari jam 9 hingga 4 petang.
 Majlis Perwakilan Pelajar atau dikenali sebagai MPP adalah satu parti yang ditubuhkan untuk mewakili suara-suara pelajar yang ingin menyuarakan pendapat dan idea mereka tentang baik dan buruk untuk UNISEL.

Calon dari Fakulti Komunikasi seni visual dan pengkomputeran Siti Hajar Aishabee  Md. Riza yang memenangi kerusi umum bagi pilihan raya kali ini berkata beliau terkejut dan gembira apabila memenangi 922 majoriti  daripada 9 calon yang bertanding bagi kerusi umum.

“kemenangan kali ini saya akan berbincang bersama rakan saya yang lain kerana memandangkan MPP akan bergerak sebagai kumpulan jadi saya tidak mahu komen apa- apa dahulu tetapi akan memberitahu perkembangan yang akan datang” ujar beliau.

“matlamat saya kali ini adalah untuk menjadikan MPP lebih terserlah di mata pelajar dan sekaligus ingin menjadikan Unisel setaraf dengan Universiti lain yang turut menggunakan system pilihanraya ini”, tambah beliau.


Keputusan lain menyaksikan parti-parti yang bertanding seperti Gabungan Demi Pelajar mengisi empat kerusi umum manakala dua kerusi daripada gerakan mahasiswa dan satu kerusi umum daripada Harapan Mahasiswa.

2 comments: