Wednesday 1 March 2017

sambutan Pilihan Raya MPP bertambah baik


by: samsurikamal/ijat/danial
1/3/2017

Shah Alam: Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar telah berlangsung di Dewan Pro canselor awal pagi tadi telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan berbanding tahun lepas.

Kebijasanaan kegiataan pemasaran yang dilakukan oleh calon untuk membuka pendedahan terhadap pelajar ternyata membawa keberkesanan yang tinggi.

“jika tahun lepas, kita boleh lihat peratusan pelajar tahun lepas yang turun mengundi adalah sebanyak 13 peratus tetapi pada tahun ini saya yakin pada tahun ini sangat memberangsangkan apabila ditambah sepuluh komputar riba untuk melancarkan proces  ” ujar Qurratu Anini binti Ali Mohamed.  
Majlis perwakilan pelajar (MPP) itu menjelaskan bahawa strategi yang diguna terhadap calon MPP ternyata membuahkan hasil apabila mereka telah berkempen dari hari pernamaan calon sehingga hari mengundi.

Mereka berkempen di mana sahaja mahupun di laman sosial bahawa calon MPP ini akan membuktikan kelainan dan penambah baikan berbanding masa lalu.

Selain berkempen di dalam kelas, mereka turut berada di kafé, ruma hijau (kafé bumbung hijau) dan di depan fakulti masing-masing.

Mereka memberitahu kepada umum betapa pentingnya kebajikan pelajar  itu perlu didengari oleh pihak atasan supaya pelajar-pelajar boleh menyuarakan pendapat mereka.

Baru baru ini, calon MPP telah mengadakan demonstrasi bantahan terhadap pindahan fakulti komunikasi seni visual dan perkomputeran.

Mereka telah menunjuk ketidakpuashatian dengan berarak beramai-ramai di hadapan bangunan komunikasi dan media.

Mereka juga menegaskan bahawa Kebajikan pelajar perlu diperjuangkan apabila seseorang pelajar ditimpa masalah seperti kesulitan penambahan subjek dan dana peruntukan bagi sesebuah kelab.


“sekarang kita masih dalam proses permintaan dana untuk diberi kepada sesebuah kelab bagi memajukan persatuan mereka".

2 comments: